19hb Mac 2023
UM Arena
Universiti Malaya
Selesai sudah temasya Sukan Tahunan DGM 2023 dengan penuh kenangan, penuh saingan, dan semangat kesukanan.
Acara bermula pada jam 8.30am dengan perbarisan dan persembahan pembukaan yang penuh kreativiti & warna oleh semua kontingen yang mengambil bahagian… seramai lebih kurang 460 orang pelajar dari cawangan Titiwangsa, TTDI, Shah Alam, Puchong dan Bandar Baru Nilai telah mengambil bahagian.
Ikrar kejohanan telah dibaca dengan penuh semangat oleh Adik Muhammad Al-Farabi dari cawangan TTDI.
Kata-kata aluan disampaikan oleh Puan Bulan Ayu, Pemilik & Pengarah Program DGM, dan ucapan pembukaan & acara telah dirasmikan oleh Puan Hajah Salmah Jopri, Pengarah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perasmian temasya dilakukan dgn melepaskan beberapa ekor burung merpati simbolik kepada golongan disleksia boleh terbang bebas dan bersaing dengan yg lain tanpa batasan..
Semua peserta bersaing dalam acara padang seperti lompat jauh dan lempar peluru.
Acara balapan seperti larian 50M, 80M, 100M, 200M dan 4x100M dipertandingkan.
Beberapa acara sukaneka juga telah dipertandingkan untuk menguji ketangkasan, koordinasi & keseimbangan, kerjasama berpasukan, dan lain-lain skil moto pelajar-pelajar yang bertanding.
Pelajar-pelajar telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing seperti pelajar-pelajar lain, malah ada yang menunjukkan prestasi yang jauh lebih.
Cawangan Titiwangsa telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya dgn mengumpul 108 mata. Cawangan Titiwangsa juga telah dipilih sebagai Juara Perbarisan & Pemsembahan Pembukaan terbaik..
Adik Muhammad Al-Farabi dari cawangan TTDI telah dianugerahkan sebagai Olahragawan dan Adik Ayesha Rose juga dari cawangan TTDI dipilih sebagai Olahragawati kejohanan, masing-masing memungut 6 pingat emas dalam acara perseorangan dan kumpulan.
Tahniah kepada kesemua pemenang, dan kepada yang bernasib baik..coba lagi di tahun hadapan..jangan putus asa..teruskan perjuangan sepertimana mereka berjuang utk kembali ke sekolah aliran perdana seperti pelajar-pelajar lain..
Terima kasih tidak terhingga kepada semua ibu bapa yang tidak lelah memberikan sokongan penuh kepada anak-anak dan juga support kepada semua program yang dijalankan oleh DGM.
Terima kasih juga kepada kesemua 67 sukarelawan dari pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan UM, pelajar-pelajar bidang keperluan khas dari Dika College dan pelajar-pelajar Methodist College yang tidak kenal lelah membantu dari persediaan awal pagi hingga ke akhir temasya
Juga tidak dilupakan guru-guru dan staf DGM yang tidak kenal lelah melatih pelajar-pelajar, menbuat persediaan dari beberapa bulan yang lepas sehingga kehari temasya..
DGM mengucapkan ribuan terima kasih..
Ke Arah Kecemerlangan dalam Pendidikan dan Sukan utk Disleksia