Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2022

Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina

Dyslexia Genius Malaysia telah selesai menyambut perayaan Tahun Baru Cina untuk daily program dan juga Youth Program.

Seperti rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kami Dyslexia Genius ingin memupuk semangat kesatuan dalam diri setiap pelajar dan menghormati budaya dan perayaan setiap kaum di Malaysia.

 

Para Pelajar Melaksanakan Aktiviti

Para pelajar telah diminta untuk memakai pakaian tradisional pada hari menyambut sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Setiap kelas telah melaksanakan satu aktiviti bertemakan perayaan Tahun Baru Cina seperti membuat mercun hiasan, tanglung dan bunga hiasan, yang bertujuan untuk melatih ketangkasan motorik, focusing, dan juga mengikuti arahan.

Pelajar juga turut melakukan aktiviti pertunjukkan fesyen, memberi ucapan sempena Tahun Baru Cina dan menari yang kesemua ini adalah melatih untuk meningkatkan rasa percaya diri kepada pelajar.

 

Youth Program Turut Organized Private CNY

Youth Program juga turut organized private CNY celebration, disini kami memberikan latihan kepada para pelajar remaja untuk membuat acara, yang bertujuan meningkatkan daya AQ para pelajar, sosialisasi, komunikasi, dan juga kerja sama sebagai team yang dapat meningkatkan percaya diri mereka untuk bekal mereka menghadapi kehidupan diluar.

Harapan kami agar setiap pelajar dapat menghayati setiap perayaan yang diraikan dan disambut di Malaysia dengan penuh bersemangat.

Bahwa kami rakyat malaysia terdiri dari berbilang kaum. Hormat menghormati antara kaum.

Terimakasih,
Salam Dari Kami.
Dyslexia Genius Malaysia