Table of Contents
Program Seminar Bersama ANIS
Syukur Alhamdulilah..pada 18hb June berlansungnya Program Kesedaran Dyslexia dan penjelasan Program ANIS, sempena pihak Pengurusan ANIS (Anak Istimewa Selangor) telah memilih dan mengikhtiraf Pusat-pusat terapi pembelajaran Dyslexia Genius Malaysia dan Program SPTBiD sebagai salah satu pusat terapi di Negeri Selangor Darul Ehsan dimana ibubapa yang memerlukan bantuan supaya anak-anak boleh mengikuti terapi pembelajaran..
Program dihadiri oleh Ibubapa, Guru-guru Pusat ANIS dan juga guru-guru Dyslexia Genius Malaysia.
Susunan Acara
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Negaraku dan Selangorku.. dengan ucapan kata-kata aluan oleh En Jaldeen Ali, Founder Dyslexia Genius Malaysia… diikuti dengan presentation Program Bantuan ANIS oleh En Danial Al-Rashid Ketua Jabatan ANIS, seminar kesedaran oleh En Jaldeen, presentation Kenapa Dyslexia Perlu Dibantu oleh Pn Sariah Amirin AMW PPN Penasihat Dyslexia Genius dan ditutup dengan Presentasi Program SPTBiD yang digunakan di semua cawangan-cawangan Dyslexia Genius Malaysia oleh Puan Bulan Ayu Pengurus Program Dyslexia Genius.
Ucapan Terimakasih
Jutaan Terima Kasih kepada YB Dr Siti Mariah Pengerusi ANIS yang instrumental dalam pemilihan Pusat Dyslexia Genius, En Danial Al-Rashid Ketua Jabatan ANIS dan pengurusan ANIS, ibubapa, guru-guru dan semua yang hadir untuk menjayakan dan memeriahkan program..
Untuk Kecemerlangan Dalam Pembelajaran untuk Dyslexia