Table of Contents
Aktiviti Brain Gym dan Physical Exercise ( PE )
Pada hari yang telah dijadualkan Dyslexia Genius Malaysia mengadakan aktiviti brain gym dan physical exercise ( PE )
Seterusnya , kami melanjutkan dengan aktiviti yang lain seperti passing ball , throwing ball , turtle walk , balancing with bean bag dan lain-lain.
Tujuan Brain Gym dan Physical Exercise ( PE )
Tujuan brain gym dan PE ini dibuat untuk mengasah kemahiran motor pelajar , keseimbangan pelajar , berkerjasama dalam kumpulan dan juga fokus pelajar .
Memupuk Rasa Kepercayaan Diri Pelajar
Semasa aktiviti throwing ball dijalankan, terdapat salah seorang pelajar menangis kerana bola yang dia baling tidak masuk ke dalam bakul. Rakan-rakannya tetap memberi tepukan dan semangat walaupun bola tersebut tidak masuk ke dalam bakul. Kemudian, dia cuba sekali lagi dan akhirnya ke semua bola yang dia baling masuk tepat ke dalam bakul dan dia berasa sangat gembira dan tersenyum lebar .
Disini kami ingin memupuk rasa kepercayaan diri untuk anak-anak, untuk tidak mudah patah semangat dan terus mencubanya, memupuk keyakinan diri bahawa mereka pasti boleh.
Berikan Support Untuk Pelajar
Dimulai dari sesuatu perkara yang kecil tetapi maknanya sangat besar.. jangan abaikan tangisan mereka… suport terus dan yakinkan yang mereka boleh…
Kami disini para guru selalu membantu untuk meyakinkan pelajar bahwa mereka boleh dan terus melatih pelajar bekerja sama di dalam team, karena dari team itu lah tumbuhnya social skills pelajar.