28hb April 2024
Rumah Terbuka Dyslexia Genius Malaysia
Pusat Komuniti Bukit Bandaraya
Kuala Lumpur
Dyslexia Genius Malaysia mengadakan Majlis Terbuka Hari Raya Aidil Fitri 2024 yang dihadiri oleh lebih 700 tetamu kehormat, ibubapa, saudara-mara pelajar, pelajar-pelajar dan “supporters” Dyslexia Genius Malaysia.
Pengacara Majlis Adik Nazreen dan Muhammad adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Program Remaja (Youth Program) DGM membuka majlis dengan kata2 aluan, diikuti oleh kata sambutan dari Dr Bulan Ayu, Pemilik & Direktur Program, Dyslexia Genius Malaysia & Yayasan Global Genius Indonesia.
Semasa menjamu selera, hadirin telah dipersembahkan dengan sketsa, nyanyian dan tarian lagu-lagu raya dari semua pelajar-pelajar cawangan DGM Titiwangsa, TTDI, Shah Alam dan Puchong. Pelajar-pelajar Program Remaja DGM menampilkan sketsa, nyanyian dan tarian lagu “Bersyukur Seadanya”. Bangga dengan pelajar-pelajar yang tampil dan berjaya mengatasi masalah percaya diri mereka..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibubapa yang senantiasa memberi sokongan kepada pelajar-pelajar dan semua acara anjuran DGM.
Terima kasih juga kepada semua guru-guru dan staf DGM yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis dan melatih pelajar-pelajar membuat persembahan. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada semua pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian utk memeriahkan lagi majlis Rumah Terbuka kali ini.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberi sokongan..Jika ada kekurangan, salah silap atau terkasar bahasa..kami pihak Pengurusan dan Staf DGM mengucapkan Maaf Zahir & Batin
UNTUK KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN UTK DISLEKSIK