26hb Julai 2024
Dyslexia Genius HQ Titiwangsa
DGM menerima kunjungan Lawatan sambil Belajar dari Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pegawai & Guru Unit Pemulihan Khas dari Pejabat Pelajaran Daerah Penampang Sabah, bersama Guru-Guru dari Majlis Guru Pemulihan Khas (MGPK).
Pegawai dan Guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk masuk ke setiap Tahapan Kelas Terapi di DGM untuk mempelajari dengan lebih mendalam Strategi Pengajaran mengikut Program SPTBiD DGM.
Suatu majlis tandatangan MOU diantara Kementerian Pendidikan Malaysia Unit Pemulihan Khas serta MGPK PPD Penampang Sabah dengan DGM telah di adakan. Perjanjian MOU merangkumi “Jaringan Kerjasama Pintar”, Strategi Pengajaran untuk membantu pelajar disleksia, berkolarborasi dalam mempelajari cara pengurusan murid disleksia dan berkolarborasi dalam bertukar idea bagi membantu murid disleksia.
Terima kasih kepada Puan Junaidah dari MGPK yang mengelola lawatan ini.
Diharap dengan lawatan sambil belajar dan menandatangani MOU ini akan berfaedah kepada semua pihak yang terlibat dan juga murid-murid disleksia.
“KEARAH KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN MURID DISLEKSIA”