Kunjungan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Dyslexia Genius

7hb. Mac 2023
Dyslexia Genius Malaysia HQ Titiwangsa

Dyslexia Genius Malaysia telah menerima kunjungan dari Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia utk perbincangan berkenaan Modul-modul dan keberkesanan Program SPTBiD yang digunapakai di semua cawangan-cawangan DGM dan D Genius.

Rombongan diketuai oleh Ybhg Encik Rashid, Ketua Unit dan 11 orang pegawai-pegawai mengadakan perbincangan bersama Pengasas DGM En Jaldeen Ali dan Pn Sariah Amirin Penasihat DGM & Pemilik bersama Program SPTBiD..merangkumi module, silibus pengajaran/pembelajaran, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan juga tahap kelas terapi di cawangan-cawangan DGM. Pihak Jabatan Pembangunan Kurikulum sedang merancang sebuah kurikulum baru atau membuat penambahan baikkan kepada kurikulum untuk kanak-kanak yg bermasalah dalam pembelajaran (Specific Learning Disorder) utk diterapkan disemua sekolah-sekolah Kebangsaan di seluruh negara.

Taklimat Program SPTBiD telah disampaikan oleh En Jaldeen dan Puan Sariah, dan pegawai-pegawai telah mengadakan lawatan ke setiap tahapan kelas terapi di DGM.

Terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Kurikulum, En Rashid serta pegawai-pegawai yang sudi mengadakan perbincangan dan membahas kurikulum atau pendekatan yg positif utk pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran dgn pihak DGM.

Diharap segala saranan dan masukkan dari pihak DGM dan juga penerangan Program SPTBiD dapat diterapkan atau digunapakai oleh pihak Jabatan Pembangunan Kurikulum dalam membentuk sebuah kurikulum yang berbeza dan efektif terutama utk pelajar-pelajar yang ada masalah pembelajaran.

Pihak DGM juga telah dijemput untuk mengadakan perbincangan susulan dengan pihak Jabatan Pembangunan Kurikulum di masa yg terdekat.

KEARAH KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN UTK DISLEKSIA