29hb Oktober 2023
Dyslexia Genius Malaysia
Konsert Kesedaran Dyslexia 2023
Dewan Kampo, International Youth Centrea
Cheras, Kuala Lumpur
Dyslexia Genius Malaysia menganjurkan Konsert Kesedaran Dyslexia 2023 (Dyslexia Awareness Concert 2023) bertemakan Mengenang Seniman Agung Negara Tan Sri P Ramlee. Lebih 200 pelajar-pelajar dari semua cawangan-cawangan DGM telah mengambil bahagian dalam persembahan yang bertemakan filem-filem Tan Sri P Ramlee dan dihadiri oleh lebih kurang 900 orang termasuk ibu bapa dan orang ramai memeriahkan lagi konsert kesedaran Dyslexia.
Acara dimulakan dengan Tarian Selamat Datang.. Tarian Pelbagai Kaum Malaysia yang penuh dengan warna warni oleh Pelajar-Pelajar Program Remaja (DGM Youth Program) dan Guru-guru DGM. Diikuti dengan permainan alat-alat musik yang diperbuat dari bahan-bahan terpakai dari Pelajar-pelajar DGM, dan dipimpin oleh Puan Yau.
Ucapan selamat datang dari Tuan Jaldeen Ali Pengasas Dyslexia Genius Malaysia, diikuti oleh ucapan dan gimik pembukaan rasmi dengan memukul “virtual gong” oleh Dr Mohd Anuar Abdullah Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Instruktional, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tetamu jemputan yang turut hadir..Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia dan Dr. Mardhya Zhagan, Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Pihak penganjur juga memaparkan video-video kesedaran dyslexia untuk mewujudkan dan meningkat kesedaran dyslexia kepada masyarakat..
Paparan dari mata seorang dyslexia..Saudara Melvin Tan seorang Pakar Pemasaran dan juga Icon DGM..menyampaikan pengalaman beliau sebelum berjaya dan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar dan ibu bapa. Pelajar-pelajar dari Program Remaja juga telah mempersembahan Nyanyian dan Sketsa dari lagu Bulan Di Pagar Bintang. Pelajar-pelajar dari semua cawangan DGM telah mempersembahkan sketsa, tarian dan nyanyian dari filem-filem yang lucu, menarik dan penuh warna warni..
Titiwangsa 1…Pendekar Bujang Lapok
Shah Alam..Labu Labi
Taman Tun Dr Ismail..Do Re Mi
Titiwangsa 2..Nujum Pak Belalang
Puchong..Ali Baba Bujang Lapok
Persembahan yang ditampilkan bukan hanya untuk mengcungkil bakat, tetapi juga untuk membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah percaya diri yang rendah, koordinasi dan juga beraktiviti secara berkumpulan dan bersosial..
Turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Video Content terviral anjuran DGM..
Tempat Pertama..Christin Lubis
Tempat Kedua..Puan Nur Jannah
Tempat Ketiga..Adek Aneeq
Juga diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Video Kemerdekaan anjuran Program Remaja DGM..
Tempat Pertama..Adek Muhammad Abdullah
Tempat Kedua..Adek Damia Nursafiya
Tempat Ketiga..Adek Ilham Daniel
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang..
Acara konsert diakhiri oleh Tayangan Perdana Video Kesedaran Dyslexia dari DGM bertajuk “Jiwa Yang Bersedih” yang dinyanyikan oleh Adek Zareen Putri.. kredit kepada pemilik lagu dan penyanyi asal Ghea Indrawari. Diakhiri dengan semua pelajar-pelajar yang mengambil bahagian membawa keatas pentas kata-kata kesedaran dyslexia.
Satu acara yang penuh dengan warna warni.. persembahan-persembahan yang mantab dan bermakna..
Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, ibubapa yang senantiasa memberi sokongan, guru-guru yang tidak kenal penat dalam melatih pelajar-pelajar, support staf DGM, penyokong DGM dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar yang melakukan persembahan..
KEARAH KECEMERLANGAN DALAM PEMBELAJARAN UNTUK DYSLEXIA