Table of Contents
Bekas Pelajar DG Yang Berjaya
Adik Ahnaf Fattah..bekas pelajar DG Titiwangsa yang telah berjaya mengatasi kelemahan dan menguasai kekuatan nya untuk berjaya dalam bidang sukan..tahniah adik Ahnaf…Kami management dan guru-guru Dyslexia Genius bangga dengan pencapaian Ahnaf dalam pembelajaran dan juga sukan..teruskan kommitmen dan latihan untuk terus berjaya…
Terima kasih dan tahniah juga kepada ibubapa adik Ahnaf kerana memberi sokongan penuh dan senantiasa memahami keperluan anak mereka…
Dyslexia Bukanlah Penghalang
Dyslexia adalah bukan penghalang untuk seseorang untuk mencapai kejayaan..ianya adalah satu kelainan dari segi menerima dan memproses pembelajaran..mereka juga telah membuktikan yang mereka boleh bersaing dengan anak-anak lain malah diperingkat antarabangsa..
Petikan kata-kata dari ibubapa Adik Ahnaf..
Ahnaf Fattah Berjaya Mendapat Tempat ke 3 Dalam Acara FLY
Ahnaf Fattah berjaya mendapat Tempat ke 3 dalam acara FLY 9-11 years old dalam pertandingan International Open Taekwondo Championship Malaysia. 2022 . Ini merupakan kali pertama Ahnaf sertai dalam pertandingan tersebut dan Ahnaf telah berjaya mendapat tempat ke 3 . Terdapat 4 negara yang telah sertai dalam pertandingan tersebut iaitu Malaysia , Indonesia India dan Australia . Walaupun Ahnaf merupakan kanak-kanak dyselxia tetapi saya berbangga kerana Ahnaf mampu ceburi dalam bidang ini.
Ahnaf Merupakan Olahragawan di Sekolah Kebangsaan
Selain dari bidang ini ahnaf jugak merupakan Olahragawan di sekolah kebangsaan. Dia telah mendapat emas dalam pertandingan lompat jauh dan lompat tinggi serta gangsa dalam larian 4×100 meter. Ahnaf juga merupakan salah seorang olahragawan yang telah terpilih dalam sukan peringkat zon keramat.
Walaupun ahnaf tidak mampu untuk mendengar arahan secara lisan. Namun ahnaf mampu dan berjaya mendengar arahan secara visual dan pratikal dan menyebabkan dia berjaya ceburi dalam bidang sukan .
Terimakasih
Terima kasih Dyslexia Genius Titiwangsa , Teacher Fauziah dan Teacher Ain kerana pernah mendidik Ahnaf Fattah..
“If You Can Read This..Please Help Someone Who Can’t”
In Excellence in Education for the Dyslexics