Penandatangan Kerjasama DGM dengan Sahabat Insani Education & Consultancy Sdn. Bhd (SIEC) untuk Penggunaan Program SPTBiD

19hb Ogos 2022

Alhamdulilah…

Satu lagi langkah besar dalam menyediakan pembelajaran yang sesuai dan pembelajaran yang lebih berkualiti untuk golongan disleksia di Malaysia. Berita baik untuk ibu bapa dan keluarga yang ada anak-anak yang menghadapi masalah pembelajaran terutamanya disleksia di kawasan Nilai, Pajam, Bandar Enstek, Seremban dan pada am nya di Negeri Sembilan, dan juga kawasan-kawasan yang berdekatan seperti Sepang, Dengkil dan lain-lain.

Hari ini pihak DG telah menandatangani perjanjian kerjasama dan penggunaan Program SPTBiD yang telah terbukti berkesan dalam membantu pelajar-pelajar disleksia bersama Sahabat Insani Education & Consultancy Sdn. Bhd (SIEC) di Pusat Disleksia Sahabat Insani, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sahabat Insani telah banyak menabur bakti murni dalam membantu pembelajaran pelajar-pelajar di Nilai dan juga kawasan-kawasan yang berdekatan dengan menubuhkan Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia, Akademi Pengajian Sahabat Insani, Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani, Sekolah Menengah Islam Tahfiz Sahabat Insani, Pra-Tahfiz Pasti Isbat Al-Imtiyaz dan Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani.

Di majlis penandatangan ini, Pihak DG diwakili oleh Puan Sariah Amirin AMW PPN, pemilik Program SPTBiD dan rakan kongsi D Genius dan Pihak SIEC diwakili oleh Ustaz Mohd Affendy Othman dan Dr. Hajarul Bahti, dua dari Pengurus Besar SIEC. Turut hadir di majlis ini ialah En Jaldeen Ali Pengasas DG dan Pn Bulan Ayu Pengarah Program DG.

Dengan tertubuhnya Pusat Disleksia Sahabat Insani, kedua-dua belah pihak berharap lebih ramai pelajar-pelajar diberi peluang menjalani Kelas Bimbingan Intensif Disleksia dan membantu mereka untuk dilatih bagaimana menguasai kekuatan untuk mengatasi kelemahan mereka dalam pembelajaran, sosial dan juga percaya diri untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat kembali belajar di sekolah-sekolah aliran perdana seperti pelajar-pelajar yang lain…Insyallah

Terima kasih kepada Ustaz Mohd Affendi, Dr. Hajarul Bahti dan barisan pengurus SIEC dan barisan AJK Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia yg telah memberi kepercayaan penuh kepada Program SPTBiD dalam membantu pelajar-pelajar.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan orang ramai yang berminat untuk membantu anak-anak mereka yang lemah dalam pembelajaran, sila hubungi admin Sahabat Insani di talian 06 856 9995. Dan hubungi admin D Genius di talian 03 4031 6833 untui info lanjut berkenaan penggunaan Program SPTBiD.

Pusat Disleksia Sahabat Insani
Lot 12884 – 12887 Jalan BBN 1/7D
Bandar Baru Nilai 71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

“Ke Arah Kecemerlangan dalam Pembelajaran untuk Golongan Disleksia”